Hiburan

Qasidah jadi hiburan alternatif baru


Kepada para 'mahaguru' yang inginkan rasa cinta, tumpahkan fitrah kasih anda pada Allah Yang Esa serta Sayyiduna Muhammad S.A.W. terlebih dahulu. Letakkan ia dalam ranking tertinggi anda. Gelora jiwa anak muda yang inginkan rasa rindu, berkasih dan bersayang-sayang itu sangat tepat jika dititipkan buat Nabi kita, Muhammad S.A.W. Cetuskan mahabbatul rasul dalam diri dengan bekal fitrah yang Allah beri. Para mahaguru di i4p dilihat semakin jelas menuju ke arah itu dengan aktiviti  Qasidah yang dilaksanakan di Surau Al-Falah pada malam-malam minggu. Alunan merdu Qasidah yang disampaikan dengan bait-bait mempesonakan, telah membuatkan sesiapa yang berada dalam majlis tersebut tenggelam dalam kehangatan cinta pada Rasul.

Kumpulan Qasidah Al-Ihya' dari IPG KTB aktif dan sering mendapat jemputan dari seluruh negara


Diinspirasikan dari kumpulan Qasidah negara jiran IPG KTB, kumpulan mahaguru di i4p juga berharap dan berkeyakinan amalan qasidah sebagai hiburan bentuk baru dapat menggantikan lagu-lagu sumbang ciptaan Barat dan Yahudi yang mendapat tempat di institut ini. Qasidah telah menjadi satu budaya baru di Kampus Bainun melalui kumpulan mereka Al-Ihya'.Dengan keberkatan nama yang diberi oleh seorang ulama' tersohor Syeikh Rohimuddin, qasidah itu telah hidup di institut mereka. IPG KPP, bila lagi?

2 comments:

  1. terima ksih kpd editor...sama2 kita tegakkan benda baik bg melawan arus perdana yg kadang kala bukanlah betul semua

    ReplyDelete