Agama




Program 'Ihyak Ramadhan' platform maha'guru' tambah ibadat


Pelbagai aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh Persatuan Agama Islam (PAI) sepanjang merentasi bulan barakah ini di kampus tidak wajar dilepaskan oleh para maha'guru' sekelian. Sesungguhnya pastilah maha'guru' sekelian telah menginsafi dan mengerti berapa puluh kali ganjaran yang Allah berikan kepada hambanya yang melakukan amal ibadat didalam bulan istimewa ini. Atas dasar itulah PAI telah menyediakan tapak dan jalan bagi menggalakkan para ahlinya supaya 'fastabiqul khairat', berlumba-lumba untuk melakukan amal kebajikan. Presiden PAI, Sdr. Khairul Fahmi dalam ucapannya menyeru kepada semua ahli-ahli PAI di peringkat akar umbi sehinggalah kepada Exco Tertinggi supaya sama-sama menjayakan program 'Ihyak Ramadhan' yang telah dirancang. Libatkanlah diri dalam semua aktiviti yang telah disusun selagi mampu. Maha'guru' sebagai anak muda dilihat tiada alasan untuk itu. Antara program yang mereka rancang adalah iftar jamaie, tarawih, qiyamullail, gotong-royong membersihkan surau, majlis tadarus & khatam al-quran dan sebagainya.


Foto oleh: ipp1aim.blogspot








No comments:

Post a Comment