Wednesday, 1 February 2012

Comeback!

Setelah berehat panjang, Kumpulan Combee Wordpress kembali semula ke puncak Bukit Comb. dengan tawaran analisa dan ulasan yang lebih hangat daripada biasa! Lebih kontroversi, lebih relevan & lebih mantap...

Monday, 15 August 2011

Madrasah Ramadhan bagi maha'guru' islam

Kumpulan Combee Wordpress mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak bagi seluruh maha'guru' muslim di IPG KPP. Kami menyeru kepada kepada rakan-rakan followers dan pembaca sekelian untuk sama-sama kita meningkatkan amalan dibulan yang mulia ini. Gandakan amalan, tingkatkan keikhlasan. Siramlah air yang betul secukupnya supaya kelak kita akan mendapat hasilnya.

Foto oleh: Ps



*Ralat: Berita & analisis terkini oleh kumpulan Combee Wordpress tidak muncul di skrin laptop dan komputer anda selama sebulan yang lalu kerana masih berada didalam proses penambahbaikan. Kami memohon maaf atas segala kesulitan.

GPMS dan KOGUM 2011

Oleh: Kolumnis 1


Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Malaysia wajar dipuji atas kejayaan mereka mengadakan satu konvensyen besar-besaran di peringkat kebangsaan baru-baru ini. Konvensyen tersebut telah diadakan pada 8-10 Julai 2011 bertempat di Uitm Shah Alam yang dihadiri oleh JPP seluruh negara dan dirasmikan oleh Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Rombongan Perwakilan JPP IPG kampus Pulau Pinang diketuai oleh saudara Muhammad ‘Abdillah bin Mat Ali sebagai Yang Dipertua Perwakilan Pelajar. Ia wajar dipuji atas inisiatif mereka yang bersedia untuk duduk semeja, bersua muka dan membincangkan sesuatu untuk melestarikan IPG. Namun begitu, platform ini telah disalah gunakan untuk perkara lain. Rupa-rupanya terdapat pihak yang telah menyusun suatu agenda tersembunyi disebaliknya. Ia dikenali sebagai GPMS. Maha’guru’ mungkin pernah mengenali persatuan ini melalui perspektif buku teks. Namun begitu sebagai bakal guru, kita perlu melihat pertubuhan ini dari perspektif yang lebih luas.


Foto oleh: CB
Sebahagian JPP seluruh Malaysia yang hadir

Foto oleh: CB
Delegasi IPG KPP yang diketuai YDP, Sdr. 'Abdillah Mat Ali 

Apa itu GPMS? Gabungan pelajar Melayu Semenanjung. Persatuan ini ditubuhkan adalah untuk membela pendidikan bangsa Melayu di Malaysia semenjak sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1948. Mereka memperjuangkan  Melayu di atas dasar Non- Partisan. ( 'tidak berparti' atau  'tidak berpihak'). Namun begitu, ia telah dipertikaikan kerana pertubuhan ini sebenarnya telah diperalatkan oleh sebuah parti politik demi meneruskan cita-cita mereka. Ia juga dilihat tidak lagi relevan dengan konsep “Satu Malaysia” yang dijunjung oleh Perdana Menteri Malaysia ketika ini, Dato’ Seri Najib Abdul Razak. Kemasukan GPMS ke dalam IPG akan menyebabkan kontradiksi antara ‘malay and non-malay’ yang mana akan menjarakkan jurang antara antara kaum. Oleh sebab itu, jawatankuasa perwakilan pelajar seluruh negara tidak bersetuju menerima kemasukan pertubuhan GPMS di dalam arena IPG melalui dialog yang telah diadakan semasa konvensyen itu. Selain itu, ia juga melanggar Akta 174 yang tidak membenarkan pelajar IPG untuk bergiat di dalam pertubuhan NGO. Cuba kita bayangkan, jika GPMS berjaya menembusi IPG, profesion keguruan yang kita ceburi sekarang akan dipolitikkan demi kepentingan sesetengah pihak untuk kekal berkuasa.

Namun begitu, akhirnya, percubaan mereka untuk meluaskan sayap dan pengaruh ke peringkat IPG telah gagal. Peranan yang dimainkan oleh JPP sewaktu konvensyen tersebut berjaya mempertahankan IPG dari ditembusi oleh mereka.


Bergambar kenangan bersama rakan sejawat dari pelbagai kampus
Perdana Menteri melancarkan Score A i-Teacher disaksikan
Presiden Jason Kok dan sifu Aziz Samad

Friday, 15 July 2011

Hanya Surau Al-Falah

Pengarah IPG KPP, Tn. Hj. Khalid B. Ahmad  dalam kenyataan terbarunya mengarahkan semua program keislaman yang ingin dilakukan oleh pelajar supaya berpusat di Surau Al-Falah. Penegasan ini dibuat sebagai penyelesaian kepada krisis surau yang berpanjangan di institut ini sejak sekian lama. Kewujudan banyak surau sebelum ini terutama di kolej kediaman lelaki menimbulkan beberapa konflik dan masalah terutamanya perpecahan ahli jemaah. Tn. Hj. Khalid juga berharap dengan penutupan surau di kolej kediaman ini, maka Surau Al-Falah akan dibanjiri oleh ribuan ahli jemaah setiap kali waktu solat.

















Tn. Hj. Khalid B. Ahmad


Pastinya keputusan ini adalah yang terbaik setelah ia dibiarkan berpanjangan dan menemui jalan buntu sebelum ini. Namun begitu, ia tidak akan jadi bermanfaat sekiranya para pelajar tidak pula menggunakan surau Al-Falah itu. Pengarah membuat keputusan bijak ini supaya semua anak buahnya bertumpu hanya di Al-Falah. Mereka akan menemui lebih banyak hikmah dengan pengorbanan berjalan lebih jauh 'sedikit' dari blok kediaman. Saat inilah kita akan teringat pesan Nabi Muhammad bahawa orang yang datang solat berjemaah itu, setiap langkahnya akan diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Para sahabat nabi berebut nak duduk jauh dari masjid sebab nak jalan jauh. Maha'guru' yang berfikir tentu dapat menimbang perkara ini.   Perlu juga dijelaskan, penutupan surau di kolej kediaman tidak bermakna mereka diharamkan langsung untuk solat disitu. Ia tidak akan jadi bilik yang useless. Surau blok itu, yang mulai saat ini lebih sesuai dipanggil dewan solat tetap boleh menerima kunjungan ahlinya. Ia mungkin untuk mereka yang terlewat untuk berjemaah ontime diawal waktu. Terlajak tidur, hujan, lewat habis kuliah, atau sakit dan sebagainya. Yang berkesempatan untuk berjemaah, pergilah ke Surau Al-Falah. Maha'guru' yang berfikir menggunakan akal dengan landasan Islam perlu memahami perkara itu. Konsep dewan solat itu perlu difahami sebagaimana ruang solat kita dirumah. Juga yang ditegaskan oleh Tn. Hj. Khalid dalam ucapannya, program-program Islam juga lebih sesuai dilaksanakan di surau Al-Falah, dengan kelengkapan yang mencukupi serta selesa, ia pasti akan menerima jumlah hadirin yang lebih ramai dan lapisan yang pelbagai. Ternyata tindakan pengarah ini merupakan satu keputusan yang sangat bijak dan perlu dipuji. Hanya yang tinggal, penerimaan dan sambutan dari maha'guru'. Allah telah mempermudahkan, apa lagi yang kita tunggu?

Saturday, 2 July 2011

Mahaguru turun ke jalan secara halal


Oleh: Ketua Editor

Program Larian 1 Sukan 1 Malaysia di IPG KPP yang berlangsung pada pagi 2 Julai yang lalu seharusnya berjaya membuka minda para mahaguru yang mahu berfikir.  Di kala negara kecoh membincangkan ancaman segolongan orang yang merancang untuk berhimpun besar-besaran di ibu negara tidak lama lagi, para mahaguru telah menapak selangkah di hadapan. Mereka mendahului orang-orang yang merancang rapi sejak berbulan yang lalu. Atau mungkin setahun yang lalu. Sekalian mahaguru ini telah mencetuskan gelombang lebih awal kepada masyarakat sekitar. Ratusan mahaguru i4p telah berhimpun dan turun ke jalan bagi menyampaikan mesej 1 Malaysia yang dikirim oleh Y.A.B. Dato’ Seri Najib. Dan Alhamdulillah. Mesej itu telah selamat sampai kepada umum. Seluruh masyarakat Gelugor mengetahuinya. Rakyat Pulau Pinang jugasemuanya telah mendapat mesej tersebut hatta di peringkat nasional sekalipun tahu program galakan sukan dan perpaduan yang dilancarkan oleh kerajaan ini. Mengapa ia selamat disampaikan? Mengapa masyarakat Gelugor tidak menganggap mahaguru yang memenuhi jalan itu sebagai pengacau? Mengapa mereka tidak mendakwa mahaguru ini sebagai perusuh, yang mengganggu aktiviti seharian mereka? Bahkan pasti tidak ada yang mengatakan program mahaguru yang masuk ke mukim permai mereka sebagai salah satu dari agenda komunis. Pasti. Mahaguru yang mahu berfikir pasti akan mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini. Terima kasih kepada AJK keselamatan yang memastikan larian ini berjalan lancar. Terima kasih juga kepada Sinar Harian Cawangan Gelugor kerana tidak mencetuskan provokasi atau propaganda negatif terhadap peserta-peserta yang mempunyai niat bersih dan ikhlas menyampaikan mesej daripada Perdana Menteri kita. Larian ini berjalan secara aman apabila kena gayanya.

Barisan mahaguru berbilang bangsa yang membawa mesej 1 Malaysia dari PM kita


Ratusan mahaguru turun ke jalanan menyertai program anjuran KPM ini

Wednesday, 29 June 2011

YDP seru mahaguru tingkatkan ilmu

YDP Muhammad 'Abdillah Mat Ali
Dalam ucapan bersempena perayaan Hari Guru peringkat IPG Kampus Pulau Pinang 2011 di Gelanggara, YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Muhammad 'Abdillah Mat Ali menyeru para mahaguru sekelian agar mempertingkatkan ilmu masing-masing. Ini kerana nilai ilmu yang ada pada seseorang itu akan menjadikan mereka lebih mulia daripada yang lain. Saudara 'Abdillah juga telah memetik sepotong ayat al-quran dari Surah Az-Zumar ayat 9 sebagai kaitan dengan nasihat beliau. Seharusnya para mahaguru sekelian merenung ayat tersebut dan sematkan di hati agar menjadi pendorong semangat untuk terus bermujahadah di bumi i4p ini. Dalam pada itu, sambutan Hari Guru peringkat institut telah berlangsung dengan sangat meriah dengan pelbagai acara diadakan. Program dilaporkan berakhir pada sekitar jam 12.30 tengah hari.