Monday 15 August 2011

GPMS dan KOGUM 2011

Oleh: Kolumnis 1


Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Malaysia wajar dipuji atas kejayaan mereka mengadakan satu konvensyen besar-besaran di peringkat kebangsaan baru-baru ini. Konvensyen tersebut telah diadakan pada 8-10 Julai 2011 bertempat di Uitm Shah Alam yang dihadiri oleh JPP seluruh negara dan dirasmikan oleh Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Rombongan Perwakilan JPP IPG kampus Pulau Pinang diketuai oleh saudara Muhammad ‘Abdillah bin Mat Ali sebagai Yang Dipertua Perwakilan Pelajar. Ia wajar dipuji atas inisiatif mereka yang bersedia untuk duduk semeja, bersua muka dan membincangkan sesuatu untuk melestarikan IPG. Namun begitu, platform ini telah disalah gunakan untuk perkara lain. Rupa-rupanya terdapat pihak yang telah menyusun suatu agenda tersembunyi disebaliknya. Ia dikenali sebagai GPMS. Maha’guru’ mungkin pernah mengenali persatuan ini melalui perspektif buku teks. Namun begitu sebagai bakal guru, kita perlu melihat pertubuhan ini dari perspektif yang lebih luas.


Foto oleh: CB
Sebahagian JPP seluruh Malaysia yang hadir

Foto oleh: CB
Delegasi IPG KPP yang diketuai YDP, Sdr. 'Abdillah Mat Ali 

Apa itu GPMS? Gabungan pelajar Melayu Semenanjung. Persatuan ini ditubuhkan adalah untuk membela pendidikan bangsa Melayu di Malaysia semenjak sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1948. Mereka memperjuangkan  Melayu di atas dasar Non- Partisan. ( 'tidak berparti' atau  'tidak berpihak'). Namun begitu, ia telah dipertikaikan kerana pertubuhan ini sebenarnya telah diperalatkan oleh sebuah parti politik demi meneruskan cita-cita mereka. Ia juga dilihat tidak lagi relevan dengan konsep “Satu Malaysia” yang dijunjung oleh Perdana Menteri Malaysia ketika ini, Dato’ Seri Najib Abdul Razak. Kemasukan GPMS ke dalam IPG akan menyebabkan kontradiksi antara ‘malay and non-malay’ yang mana akan menjarakkan jurang antara antara kaum. Oleh sebab itu, jawatankuasa perwakilan pelajar seluruh negara tidak bersetuju menerima kemasukan pertubuhan GPMS di dalam arena IPG melalui dialog yang telah diadakan semasa konvensyen itu. Selain itu, ia juga melanggar Akta 174 yang tidak membenarkan pelajar IPG untuk bergiat di dalam pertubuhan NGO. Cuba kita bayangkan, jika GPMS berjaya menembusi IPG, profesion keguruan yang kita ceburi sekarang akan dipolitikkan demi kepentingan sesetengah pihak untuk kekal berkuasa.

Namun begitu, akhirnya, percubaan mereka untuk meluaskan sayap dan pengaruh ke peringkat IPG telah gagal. Peranan yang dimainkan oleh JPP sewaktu konvensyen tersebut berjaya mempertahankan IPG dari ditembusi oleh mereka.


Bergambar kenangan bersama rakan sejawat dari pelbagai kampus
Perdana Menteri melancarkan Score A i-Teacher disaksikan
Presiden Jason Kok dan sifu Aziz Samad

No comments:

Post a Comment