Sukan



Larian 1 Sukan 1 Malaysia berlangsung meriah

Program larian ini turut melibatkan seluruh institusi di bawah KPM dan dicatat di dalam Malaysia Books of Record. Apakah nilaian yang boleh dibanggakan apabila tercatat nama di situ? Jawapannya mungkin terdapat pada mahaguru yang menyertai larian tersebut. Namun tahniah diucapkan kepada barisan JPP serta pengarah program, Sdr. Jazli Jahari yang telah berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya di peringkat institut.

Pemain Radix FC mengambil kesempatan melakukan larian pemanas badan

Jalan Tunku Kudin

Keletihan setelah menamatkan larian
Tungu hadiah cabutan bertuah
___________________________________________________

Legend terselamat dalam misi pertama

Juara bertahan Liga-I, skuad Legend yang dipenuhi bintang-bintang veteran mengorak langkah kanan apabila berjaya membenam cabaran Chuping Telinga FC dalam debut pertama mereka musim ini. Kejayaan menumpaskan Cuping itu bagaimanapun tidak diperoleh dengan mudah apabila mereka terpaksa menahan serangan bertali arus pihak lawan dalam minit-minit terakhir permainan. Dua gol awal yang diperoleh menerusi sepakan penalti oleh striker Faiz serta kesilapan mudah dari penjaga gawang, Hakim  meletakkan skuad Legend selesa mendahului permainan sebelum lawan merapatkan kedudukan 2-1 pada separuh masa kedua. Kedudukan berkekalan sehingga tamat perlawanan. Namun, pujian juga harus diberikan kepada Hakim yang berjaya menyelamatkan puluhan cubaan dari barisan penyerang Legend yang melancarkan serangan sejak sepak mula lagi. Kedua-dua pasukan bagaimanapun menunjukkan mutu permainan yang memberangsangkan walaupun agak keletihan di separuh masa kedua akibat tempoh perlawanan yang dipanjangkan kepada 70 minit pada musim ini.

No comments:

Post a Comment